Pages

Thursday, February 17, 2011

Pengertian Logo Kadet Remaja Sekolah

Pengertian Logo KRS

Perisai melambangkan bentang ketahanan diri daripada gejala tidak sihat

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan diri serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan renal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama serta latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.